Nama lain Cakoi

Di Thailand, cakoi lebih diketahui sebagai patongkoh atau patongko. Di Myanmar (Burma), ia dikenali sebagai e kya kway. Bagi orang di Vietnam, masakan jenis ini dikenali dầu cháo quỷ, yakni ia merupakan satu perkataan yang berasal dari sebutan Kantonis.

Di China, cakoi dikenali dalam Mandarin sebagai Youtiao, ia juga dikenali dibahagian utara dan selatan China sebagai guozi (果子, pinyin: guǒzi). Manakala, dikalangan orang cina Kantonis pula, ia dikenali sebagai yau ja gwai atau ditulis sebagai you zha gui yang membawa maksud "kejahatan yang digoreng". Dikalangan orang cina Hokkien pula dikenali u char kway (Pe̍h-ōe-jī: iû-chia̍h-kóe).

Bagi kalangan orang di Filipina, cakoi disebut sebagai bitsu. Walaupun masakan jenis ini bukan global, tapi ia boleh didapati di Australia dengan nama chopstick cake yang dipanggil oleh orang cina Kemboja disana, dimana masakan ini dipanggil kerana ia menyerupai seperti kayu sepit. Cakoi juga boleh didapati dinegara-negara lain, yang mempunyai penduduk pendatang dari kalangan negara China dan Indo-China.